SYARAT-SYARAT DAN DOKUMEN YANG PERLU UNTUK PEMPROSESAN VISA UMRAH 2011 / 1432 HIJRAH
- Pemprosesan pasport untuk Visa Umrah dalam masa 1 bulan bekerja untuk hubungan mahram terdekat dan 4 minggu bekerja untuk hubungan mahram yang lain.
CONTOH:
- Hubungan Biasa - Husband, Father, Son, Brother, Grandchild, Grandfather...
- Hubungan Yang Lain - Uncle, Nephew, Son In Law...
- Pihak kedutaan tidak akan menerima permohonan visa untuk penerbangan yang kurang dari 3 hari bekerja.
- Pasport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 8 bulan dari tarikh penerbangan beserta minima 4 muka surat kosong.
- 3 keping gambar warna berukuran 4 x 6 cm berlatar belakang putih dan wanita diwajibkan memakai tudung yang bewarna gelap / lelaki tidak dibenarkan memakai songkok ataupun kopiah.
- Kad suntikan "meningitis" ACYW 135 dari doktor swasta atau kerajaan.
- Salinan surat nikah bagi wanita yang berkahwin dan kad pengenalan suami dan isteri.
- Surat pengakuan dari ketua mahram dan maksima mahram yang boleh dibawa adalah 4 orang sahaja.
- Salina surat beranak bagi perempuan yang bermahramkan bapanya.
- Salinan surat beranak untuk kanak-kanak berumur kurang dari 18 tahun.
- Surat pengesahan mahram yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Negeri tidak diterima pakai lagi berkuatkuasa musim umrah tahun 2008
- Hanya pertalian mahram terdekat sahaja (isteri / anak / ibu / bapa) yang dibenarkan untuk key in data dalam Sistem Visa Kementerian Haji. (MOFA)
- Pertalian mahram yang lain. (ibu saudara / bapa saudara / anak saudara / dsb) hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum key in data ke dalam Sistem Visa. (MOFA).
- Salinan permit kerja / visa pelajar untuk warganegara asing dan tempoh sah lakunya tidak kurang dari 6 bulan ataupun salinan kad pengenalan penduduk tetap.
- Permohonan untuk warganegara asing yang tidak mempunya dokumen diatas tidak dilayan sama sekali kecuali mempunya hubungan suami isteri dengan warganegara.
- Syarat-syarat diatas dikecualikan kepada wanita yang berumur 45 tahun ke atas, tetapi perlulah mendapat kelulusan daripada pihak kedutaan Arab Saudi terlebih dahulu.
SENARAI SEMAKAN
| |
| |
|
SPESIFIKASI FOTO :-
- Jarak dari kepala ke dagu 4cm
- Jarak dari telinga ke telinga 3 cm
- Gambar warna dan latar belakang bewarna putih
- 3 keping saiz foto (4 x 6 cm)
- Zoom 70 % x 80 %
- Lelaki tidak boleh memakai songkok & kopiah
- Perempuan hendaklah memakai tudung yang bewarna gelap
- Ukuran dan gambar sebenar adalah seperti contoh gambar dibawah :-

No comments:
Post a Comment